Thursday, October 25, 2012

blog ke-7

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.,

kali terakhir aku tulis blog adalah pada tahun 2010. sekian lama senyap seketika akhirnya aku sambung semula tulis blog selepas teringat semula password untuk access blog ini. fuh, lama betul tak menulis dan macam-macam cerita nak diceritakan tetapi rasa macam malas nak cerita. okla, secara briefnya, aku sinopsiskan cerita aku ikut tahunlah okey..

2009 - further postgrad kat uitm tetapi sebab aku melawan cikgu, aku pancitkan tayar kereta dan motor dia, aku kena berhenti dari belajar di universiti terkemuka di selangor itu... hehe, tipu lah, aku berhenti sebab aku takleh tally dengan timing class yg terlalu demand dan kualiti yang aku sendiri takde kualiti untuk berkualiti.

2010 - further postgrad di UM, kali ni timing cantek, waktu kelas bagus. lecturer bagus, tetapi aku masih voted uitm sebagai tempat pengajian terbaik.

2011 - welcome to the world Aulia !!! (second daughter) , alhamdulillah.

2012 - tamat pengajian sebagai seorang top / best student sebab aku berjaya extend thesis, orang lain semua habis on time !! alhamdulillah, 

20 tahun yang lalu aku witness mak aku ambik scroll M.Ed di dewan tunku canselor, kali ni mak aku pulak jadi witness aku ambik scroll Msc.P.M. di tempat yg sama. beruntung jadik ibu borek anak rintik nih., ada org tanya, taknak further study ke peringkat tinggi lagi ke? tak nak ke belajar sampai negeri china., atau tak nak belajar bahasa cina ke? itu semua aku berserah sepenuhnya kepada Allah swt. apa yg penting adalah isteri (kawan paling setia), anak perempuan no. 1(nakal dan cita-cita nak jadik superman dan princess) dan anak perempuan no.2(belum nakal lagi dan dah mula nak nakal macam mak dia.hehe) dan keluarga aku sendiri. sebagai big boss dalam family, kita semua risau dengan nasib yang akan di tempuh oleh anak2 kita semua. betul tak. bukan kerana apa la kan, dugaan dan ujian dari Allah swt. bermacam-macam dan hebat, oleh sebab itu la, sangat-sangat penting untuk kita menentukan hala tuju, pendidikan dan yang paling penting asas agama, akidah berlandaskan ASWJ. teringat kata-kata dari makcik aku sebelah bapak..kira adik kepada bapak aku la kan, dia kata, anak ni kalau nak bentuk, kena di ajar dari kecik lagi, kena close monitor macam pasang cctv dalam rumah. kalau salah, tetap salah, kalau betul.tetap salah.eh.,betul. tetapi mampukah kita untuk bagi semua benda perfect sedangkan diri kita sendiri banyak yang kurang? haa., macam mana tu jemir? pada aku yang dah jadi big boss family ni, penting untuk kita berguru dengan betul, bukan berguru dengan ustaz google, ustaz ask me how?, ustaz yellow pages. sebab berguru tanpa rujukan daripada orang beriman ni buruk padahnya. oleh yang sedemikian daripada itu, kita akan dapat banyak manfaat yang baik untuk di apply dalam hidup dan keluarga kiranya berguru dengan orang yang betul. eh, dah pukul 6.15 petang la, aku pun dah nak balik, esok nak raya korban. korang tak raya ke?

sekian untuk kali ini, kita jumpa tahun depan pulak.. Liverpool akan menang EPL !!!



Monday, May 3, 2010

blog ke-6

assalamualaikum,

apa khabar rakan2 yg baca tulisan komputer aku ni. hari ni dah selasa (4-5-2010)..aku rasa sangat hepi sebab hari semalam merupakan hari exam paper yg last sekali. ada 3 paper semuanya, 1st paper hari selasa (27-4-2010) last week, 2nd paper rabu (28-4-2010)..first paper tuh aku rasa macam ok lah kan, sebab macam boleh jawab je walaupun aku rasa entah betul ke tidak jawapan yg di tulis itu. 2nd paper tuh macam g*m*a*g !!!
aku tak tau entah mengapa terjadik kepada diri ku ketika itu..aku tak boleh nk jawab betul2. entah la..kena sakit angin kus2 ke hapa. yg aku tau..hari semalam tu (selasa 27-4-2010) aku macam enjoy je sebab boleh jawab. walaupun study last minit..12jam sebelum exam baru nk bukak buku, boleh je aku menjawab. tapi yg seken paper tuh..jawapan dia macam lari pulak dari soalan. menyampah aku bila terkenang balik..nyesal kan..
tapi bukan aku sorang je yg tensen, rupa2 nya separuh kelas tensen..hahaha..last paper semalam Alhamdullilah aku boleh jawab dengan begitu gentlemen nya..yahoo..
soalan last dgn first paper lebih kepada apa yg aku praktikkan di opis sekarang. jadik kebanyakkan jawapan aku tuh based on experience laa..tak ikut buku sgt.. jadik tujuan tulisan komputer aku pada kali ini, experience tu penting. pandai2 lah guna ekk.
apa2 pun, result peperiksaan aku akan keluar bulan...entah, aku pun tak tau..ok bye

Tuesday, January 5, 2010

blog ke-5

Assalamualaikum dan hai,

sekarang dah masuk 2010, dah takde lagi dah 2009, masa dah lalu pegi ke belakang. anak aku pun sekarang dah besar. dah 7 bulan. jadik semua pampers, baju, seluar dia yg size S dulu tuh semua dah jadik kenangan untuk aku dan nurul..sedih ekk.. tak sedar yg semua benda yg best dah lepas, tinggal semua yg best2 pulak di masa akan datang..

ok lah, tahun ni aku dah start life baru, life sebagai seorang student fspu..(fspu lagiiii...) aku further belajar jadik postgraduate pulak. semalam (5-1-2010) baru start kelas dalam pukul 530pm, aku pulak habis keje kul 5pm, macam mana tu..459pm aku dah tersidai kat depan pintu keluar opis, tunggu time nk touch out. dari opis nk ke parking keta dalam 7mins. masuk keta, start enjin kuar dari opis nk ke jalan kuar depan opis ni dalam 8mins, pastuh yg horror nya jalan jalan jem gila babi. benci betul aku. terpaksa la aku memusing jauh, masuk akleh,kuar ke jelatek, masuk duke dari setiawangsa, terus ke nkve ke bukit raja klang sana tu..smpi uitm kul 610petang. ngam2 je masuk, kelas baru 5 min start. bebudak kelas semua ok, banyak yg ambik full time la, macam aku yg tak pandai ni ambik part time je. banyak QS dalam kelas tu. ada civil, arkitek, CM, ID, landscape, tukang besi, tukang ketuk welding, macam2lah..jadik suka ke tak suka ke..aku kena la compete jadik pandai macam bebudak kelas aku ni.

lecturer takat ni ok, lecture pun bagus, bahasa mudah di fahami, bentuk gaya itu ada, puas hati...saya bagi 100markah..hahaha.itu lah..bermula nya rutin hidup aku yg serba serbi baru belaka. entah laa..cuba je..kalau tak redah sampai sudah kita tak tau apa kebenda..ye dakk ??

Friday, July 31, 2009

blog ke-4



hai kepada anda semua,

kat sini aku nak ucapkan terima kasih lah pada korang semua sebab aku tau,
korang suka baca blog aku kan. blog aku best kan.hehe, ok, apa yg nk aku cerita
pada kali ini ialah pengalaman aku memancing bersama rakan2 sekerja opis yg aku
keje sekarang ni la. masuk mancing ni, kira dah seken trip untuk aku yg daif dan
tak tau hapa pasal mancing. tah tiba2 datang seru nk gi mancing. terus aku sangkut beb.


macam ikan sangkut kat mata kail. memang best gila. masa 1st trip lagi aku dah rasa thrill mancing ni. best woo..main tarik tali dengan ikan. tapi skrg ni aku nk cite pasal seken trip nih. aku gi dalam 6org budak opis. campur 2org pak mentua aku dengan partner dia. pegi 2bot. aku bertolak dari umah kul 7 pagi, nurul dah
siap prepare aku punya baju semua, bertolak la dengan kengkawan aku yg gila ni. jumpa geng aku kat tmpt rehat awan besar, on the way ke pulau indah tu. lepas sarapan, bertolak la, bawak keta pun laju terhoyong hayang sebab dah lambat. janji kul 9pagi kt pulau indah, punyalah laju aku bawak, sampai kul 930. pastuh dah beli umpan semua, kitaorg naik bot..aku naik bot B (member aku bawak), bot A pak mentua aku drive.


kitaorg pegi kt spot no1. kat situ melambak la ikan gelama dengan cik duri. pastuh gi spot
no2 plak, kat situ aku kena sengat dengan ikan sembilang, sakit gila, aku punya hangin,
aku jentik telinga ikan tu, pastuh pegi spot no3 plak, kali ni kitaorang pegi kat platform
west port. masa tu dah pukul 9pm, dah la ribut kencang.aku tgk kat fish finder bot.
kedalaman laut sampai 80kaki dalam. kapal selam pun boleh berenang dalam macam tu.


tiba2 pancing aku rasa macam di tarik, aku teringat pesan orang tua, kalau pancing macam
kena sentap kena cepat2 tibai pancing tu, kalau tak terlepas, aku pun apa lagi, tibai laa.
aku gulung la itu pancing, sampai tangan aku naik sakit. bebudak lain dalam bot dahmemandang2..macam jeles la tu..padan muka, aku cakap la..ni ikan besar ni..ikan paus biru ni weyy..punyalah aku bertarung nyawa dengan ikan tu, tengah pak mentua aku datang nk
tolong,
aku dapat bawak naik ikan yu pari. nak makan pun tak tau nk masak apa. aku lepas je ikan tu.


kitaorg tido semalaman , nyamuk dengan agas punya la banyak. sampai berpinar mata kepala
ku ni.sebab kitaorng berhenti kat kawasan muara bakau, nk elak dari ribut tadi tu la.
sampai la ke pagi aku duduk je menjadi daging makanan kepada si agas dan si nyamuk.
geng2 yg lain pun rilek je. nk buat macam mana. pastuh kul 6 pagi, kitaorg balik ke
spot no1.
sebab pak mentua aku target nk dampar kan kitaorg ke darat sebelum kul 12.
lepas tuh air surut balik. lepas tu, punya lah pancing, lagi sekali pancing aku di sentap.
tarik punyalah kuat, dapat la spender kaler coklat sebagai souvenir dari pulau indah.
sampai sekarang aku simpan spender tu, sekali sekala aku pakai la kuar berjalan. hehe,
joke je la. gila hapa...

Tuesday, July 21, 2009

blog ke-3

hai semua,

pada hari jumaat 20july itu hari, aku tergerak hati nk balik kuantan, jmpa wan aku, sian dia..lama tak jumpa. memula nk bertolak lepas asar asalnya, entah kenapa macam2 punya hal, aku bertolak pukul 930 malam.sempat jugak lah mak aku menghulur 30ringgit duit poket utk membeli belah kt sana nanti. pastuh bertolak lah kan. balik kuantan ikut lah jalan lama. malas nk ikut hiway,masa lalu karak hiway tu tarak apa2 lagi. tapi lepas daripada itu, nk masuk ke jalan kampung tu, tiba2 aku terperasan..takde satu kereta pun yg lalu.baik nk gi ke kuantan atau pun nk ke kl. sebijik pun takdak nih,.masa tuh dah dekat pukul 11mlm. takkan nk patah balik.tak macho la.hati aku mula rasa tak best. pastuh terus kan jugak berjalan. aku pasang radio .layan lagu2 yg aku donload kt internet.sekali tgh sedap dengar..kalau tak silap aku jalan sebelum nk sampai gambang. kan ada satu jalan yg sunyi tuh.,tiba2 radio terpadam.atas jalanraya yg berkabus2 asap tu.aku ternampak macam ada satu bayang putih melintas betul2 depan keta.macam kain putih terbang.terkejut jugak aku.tapi buat tak layan laa.

entah tiba2.aku terdengar macam ada org pompuan menjerit.mula2 jauh..makin lama makin dekat.bila dah dekat bunyi tuh, aku tgk la cermin belakang. masyaAllah. tak tau nk cakap macam apa rupanya, yg aku tau memang nmpk rambut kaler hitam, muka dia hitam, mata dengan mulut kaler putih dengan kain putih.terbang mengejar keta aku sambil mengilai jerit.aku tekan minyak sampai abis.laju gila.makin lama makin kuat benda tu jerit.boleh di katakan macam bunyi tu dalam keta pun ada.kuat gila.dia meluncur sampai depan kereta aku.memang terang2 nampak rambut dia panjang.tiba2 hilang.

sampai kuantan dalam kul 230 pagi. aku terperasan atas bumbung keta aku abis calar.jahanam keta.celaka punya hantu

blog ke-2

helo,

atas pressure dari kengkawan aku semua, aku tulis jugak lah blog yg special utk korang. itu hari (selasa) bersamaan 12dec 2006 dengan selamatnya aku submit thesis yg tak best tuh. mlm sebelum tuh dayang lepak umah aku buat thesis sekali. haha. padan muka tak siap, sapa suruh tido(bukan aku). aku plak buat tido 2 jam, pastuh si dayang cite aku boleh mengigau plak. kantoi la lu..lenjan punya lenjan, thesis aku siap, ngam2 kul 830 pagi kitaorg kuar rumah. submit nya kol 9pagi.aku bawak la keta kecik aku tu laju2.terhoyong hayang keta aku tu.sian betul sang kancil. sampai kol 911pagi.sempat la jugak htr kat dpn bilik doc mat.

pastu lepak2, aku buat opis clearence kt studio. kemas semua barang, humban dalam keta. pastuh pegi library pulak. byr denda buku.melayang rm33.60 (pergh) pastuh pegi makan tapai pulak dengan si norman tajree tuh. pastuh bak sms aku, tanya pasal trip cendol. aku standby je, aku dengan dayang bergegas ke skul. sampai sana semua dah standby, naik keta aku ke cendol klang.gila babi, bayangkan keta kancil mampu memikul mereka2 yg berbadan sasa nih.(cayalah sang kancil). sampai sana aku oder cencol pulut, sedap siott..tibai punya tibai…sekali tiba2..ada 2 org menyapa kitaorg. salah sekor tuh memperkenalkan diri sebagai inspektor azman, ahh, sudah..apa pulak aku buat nih. dia mintak kitaorg keluar dari tempat cendol tuh, ikut pegi balai, aku tanya la apasal ni incik, kitaorg cuma menikmati cendol dengan rojak je nih,kitaorg student fspu uitm nih. apasal tangkap kitaorg nih.polis tuh tak cakap apa2 pun, tak semena-mena aku,bak,kacen, dayang dengan jusri di paksa naik van polis. first time dalam hidup aku.masing2 dah terpinga2, si dayang dah mula menangis. geng2 lain semua dah cuak.bak dah tergaru2 kepala dia yg tidak berambut tuh.kacen pulak mata dah merah macam nak nangis je masa tuh, jusri punya perasaan lagi la aku tak bleh nak gambarkan dalam bentuk tulisan ataupun perkataan.aku pulak dah mula memikir mak aku kat mekah tuh, bak pegi pujuk dayang..(caya lah macho man), aku cakap kat diaorg mungkin polis ni dah salah paham nih.sampai balai, aku cuba tanya apa salah kitaorg,diaorg tak jawab, kena marah lagi ada la. aku dah hangin, rasa nak tendang perut polis tuh, biar dia senak perut tak bley nak makan. diaorg buat urine test.result urine tu tak bagitau kitaorg. aku, kacen, bak dengan jusri masuk lokap lepas tu. dayang entah ke mana diaorg bawak.dalam lokap masing2 senyap jek, aku rasa bersalah sebab aku yg ajak diaorg makan cendol. 2 malam kat sana.dayang plak tak tau apa citer, aku tanya brader polis tu, dia cakap mak bapak dia dah bawak pegi rumah pengasih.kesian dia. kitaorg plak terputus hubungan dengan dunia luar. macam dalam akademi fantasia laa..terputus hubungan. enfon kena ambik..semualah. malam ke-3 kitaorg tido dalam lokap tuh, tiba2 aku terjaga, rupa2 nya aku tgh bermimpi laaa..hahaha kena tipu.padan muka

blog ke-1


semalam presentation final, hari nih satu hari tido yg nyaman, kalau tak, bangun tido asyik pikir nak siapkan keje2 bengong tuh.semlm present tak best, banyak mistakes. cakap pun berterabur macam pasir kat tepi laut. dah la aku present first (celaka korang kena kan aku..!!!) .mula2 present pakai powerpoint, tapi malang memang tak ada bau, presentation aku kurang sengat, takde spark, tak memikat hati juri apatah lagi juri awam atau penghantar sms sekalian. aku jadik gabra, kelam kabut, pucat lesi, nyawa di hujung tanduk anak kambing. apa nak jadik, jadik lah. aku present slow2. siap baca doa makan sebelum menjamah kuih yg zeti bagi pagi tuh. mula2 prsent intro, pastuh client background, pastuh site, concept, issues..kemudian beralih pulak pada banner aku yg besar macam badan gajah tuh. aku present significance of the stadium dgn flow diagram, masa tu dah cakap melayu dah, kalau cakap orang putih. aku sorang la yg paham.hahaha .citer punya citer, tiba2 aku lost. masa tu aku lagi gabra, sengal..jadik, present benda merapu, nasib baik examiner paham. lepas tu tiba ke sesi paling aku tak suka iaitu soal jawab. examiner pulak tanya soalan pelik2. aku rasa macam nak lempang muka examiner sekor2. baru dia tau.haha. tapi enjoy apa. biasalah kena tembak. kita pun rela lah di tembak.memang betul apa examiner cakap. aku setuju lah,. yelah, diaorang lagi tau apa diaorang buat. aku apa tau.tapi..best lah.takde yg tak best. semua best kecuali yg tak best semata-mata.

perjalanan aku tak berhenti di situ sahaja, 11 Dec kena submit thesis pulak. nasib baik mak aku tolong translate chapter by chapter sebelum dia pegi mekah pagi semalam. tinggal 3 chapter je lagi nak kena siapkan. sikit lagi jack..lepas tu aku grad, lepas grad aku balik ke country aku iaitu kuantan. country ‘road’, take me home, to a place where i belong…insyaAllah