Friday, July 31, 2009
blog ke-4
Tuesday, July 21, 2009
blog ke-3
hai semua,
pada hari jumaat 20july itu hari, aku tergerak hati nk balik kuantan, jmpa wan aku, sian dia..lama tak jumpa. memula nk bertolak lepas asar asalnya, entah kenapa macam2 punya hal, aku bertolak pukul 930 malam.sempat jugak lah mak aku menghulur 30ringgit duit poket utk membeli belah kt sana nanti. pastuh bertolak lah kan. balik kuantan ikut lah jalan lama. malas nk ikut hiway,masa lalu karak hiway tu tarak apa2 lagi. tapi lepas daripada itu, nk masuk ke jalan kampung tu, tiba2 aku terperasan..takde satu kereta pun yg lalu.baik nk gi ke kuantan atau pun nk ke kl. sebijik pun takdak nih,.masa tuh dah dekat pukul 11mlm. takkan nk patah balik.tak macho la.hati aku mula rasa tak best. pastuh terus kan jugak berjalan. aku pasang radio .layan lagu2 yg aku donload kt internet.sekali tgh sedap dengar..kalau tak silap aku jalan sebelum nk sampai gambang. kan ada satu jalan yg sunyi tuh.,tiba2 radio terpadam.atas jalanraya yg berkabus2 asap tu.aku ternampak macam ada satu bayang putih melintas betul2 depan keta.macam kain putih terbang.terkejut jugak aku.tapi buat tak layan laa.
entah tiba2.aku terdengar macam ada org pompuan menjerit.mula2 jauh..makin lama makin dekat.bila dah dekat bunyi tuh, aku tgk la cermin belakang. masyaAllah. tak tau nk cakap macam apa rupanya, yg aku tau memang nmpk rambut kaler hitam, muka dia hitam, mata dengan mulut kaler putih dengan kain putih.terbang mengejar keta aku sambil mengilai jerit.aku tekan minyak sampai abis.laju gila.makin lama makin kuat benda tu jerit.boleh di katakan macam bunyi tu dalam keta pun ada.kuat gila.dia meluncur sampai depan kereta aku.memang terang2 nampak rambut dia panjang.tiba2 hilang.
sampai kuantan dalam kul 230 pagi. aku terperasan atas bumbung keta aku abis calar.jahanam keta.celaka punya hantu
blog ke-2
helo,
atas pressure dari kengkawan aku semua, aku tulis jugak lah blog yg special utk korang. itu hari (selasa) bersamaan 12dec 2006 dengan selamatnya aku submit thesis yg tak best tuh. mlm sebelum tuh dayang lepak umah aku buat thesis sekali. haha. padan muka tak siap, sapa suruh tido(bukan aku). aku plak buat tido 2 jam, pastuh si dayang cite aku boleh mengigau plak. kantoi la lu..lenjan punya lenjan, thesis aku siap, ngam2 kul 830 pagi kitaorg kuar rumah. submit nya kol 9pagi.aku bawak la keta kecik aku tu laju2.terhoyong hayang keta aku tu.sian betul sang kancil. sampai kol 911pagi.sempat la jugak htr kat dpn bilik doc mat.
pastu lepak2, aku buat opis clearence kt studio. kemas semua barang, humban dalam keta. pastuh pegi library pulak. byr denda buku.melayang rm33.60 (pergh) pastuh pegi makan tapai pulak dengan si norman tajree tuh. pastuh bak sms aku, tanya pasal trip cendol. aku standby je, aku dengan dayang bergegas ke skul. sampai sana semua
blog ke-1
semalam presentation final, hari nih satu hari tido yg nyaman, kalau tak, bangun tido asyik pikir nak siapkan keje2 bengong tuh.semlm present tak best, banyak mistakes. cakap pun berterabur macam pasir kat tepi laut. dah la aku present first (celaka korang kena kan aku..!!!) .mula2 present pakai powerpoint, tapi malang memang tak ada bau, presentation aku kurang sengat, takde spark, tak memikat hati juri apatah lagi juri awam atau penghantar sms sekalian. aku jadik gabra, kelam kabut, pucat lesi, nyawa di hujung tanduk anak kambing. apa nak jadik, jadik lah. aku present slow2. siap baca doa makan sebelum menjamah kuih yg zeti bagi pagi tuh. mula2 prsent intro, pastuh client background, pastuh site, concept, issues..kemudian beralih pulak pada banner aku yg besar macam badan gajah tuh. aku present significance of the stadium dgn flow diagram, masa tu dah cakap melayu dah, kalau cakap orang putih. aku sorang la yg paham.hahaha .citer punya citer, tiba2 aku lost. masa tu aku lagi gabra, sengal..jadik, present benda merapu, nasib baik examiner paham. lepas tu tiba ke sesi paling aku tak suka iaitu soal jawab. examiner pulak tanya soalan pelik2. aku rasa macam nak lempang muka examiner sekor2. baru dia tau.haha. tapi enjoy apa. biasalah kena tembak. kita pun rela lah di tembak.memang betul apa examiner cakap. aku setuju lah,. yelah, diaorang lagi tau apa diaorang buat. aku apa tau.tapi..best lah.takde yg tak best. semua best kecuali yg tak best semata-mata.
perjalanan aku tak berhenti di situ sahaja, 11 Dec kena submit thesis pulak. nasib baik mak aku tolong translate chapter by chapter sebelum dia pegi mekah pagi semalam. tinggal 3 chapter je lagi nak kena siapkan. sikit lagi jack..lepas tu aku grad, lepas grad aku balik ke country aku iaitu kuantan. country ‘road’, take me home, to a place where i belong…insyaAllah