Tuesday, July 21, 2009

blog ke-1


semalam presentation final, hari nih satu hari tido yg nyaman, kalau tak, bangun tido asyik pikir nak siapkan keje2 bengong tuh.semlm present tak best, banyak mistakes. cakap pun berterabur macam pasir kat tepi laut. dah la aku present first (celaka korang kena kan aku..!!!) .mula2 present pakai powerpoint, tapi malang memang tak ada bau, presentation aku kurang sengat, takde spark, tak memikat hati juri apatah lagi juri awam atau penghantar sms sekalian. aku jadik gabra, kelam kabut, pucat lesi, nyawa di hujung tanduk anak kambing. apa nak jadik, jadik lah. aku present slow2. siap baca doa makan sebelum menjamah kuih yg zeti bagi pagi tuh. mula2 prsent intro, pastuh client background, pastuh site, concept, issues..kemudian beralih pulak pada banner aku yg besar macam badan gajah tuh. aku present significance of the stadium dgn flow diagram, masa tu dah cakap melayu dah, kalau cakap orang putih. aku sorang la yg paham.hahaha .citer punya citer, tiba2 aku lost. masa tu aku lagi gabra, sengal..jadik, present benda merapu, nasib baik examiner paham. lepas tu tiba ke sesi paling aku tak suka iaitu soal jawab. examiner pulak tanya soalan pelik2. aku rasa macam nak lempang muka examiner sekor2. baru dia tau.haha. tapi enjoy apa. biasalah kena tembak. kita pun rela lah di tembak.memang betul apa examiner cakap. aku setuju lah,. yelah, diaorang lagi tau apa diaorang buat. aku apa tau.tapi..best lah.takde yg tak best. semua best kecuali yg tak best semata-mata.

perjalanan aku tak berhenti di situ sahaja, 11 Dec kena submit thesis pulak. nasib baik mak aku tolong translate chapter by chapter sebelum dia pegi mekah pagi semalam. tinggal 3 chapter je lagi nak kena siapkan. sikit lagi jack..lepas tu aku grad, lepas grad aku balik ke country aku iaitu kuantan. country ‘road’, take me home, to a place where i belong…insyaAllah

No comments:

Post a Comment