Thursday, October 25, 2012

blog ke-7

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.,

kali terakhir aku tulis blog adalah pada tahun 2010. sekian lama senyap seketika akhirnya aku sambung semula tulis blog selepas teringat semula password untuk access blog ini. fuh, lama betul tak menulis dan macam-macam cerita nak diceritakan tetapi rasa macam malas nak cerita. okla, secara briefnya, aku sinopsiskan cerita aku ikut tahunlah okey..

2009 - further postgrad kat uitm tetapi sebab aku melawan cikgu, aku pancitkan tayar kereta dan motor dia, aku kena berhenti dari belajar di universiti terkemuka di selangor itu... hehe, tipu lah, aku berhenti sebab aku takleh tally dengan timing class yg terlalu demand dan kualiti yang aku sendiri takde kualiti untuk berkualiti.

2010 - further postgrad di UM, kali ni timing cantek, waktu kelas bagus. lecturer bagus, tetapi aku masih voted uitm sebagai tempat pengajian terbaik.

2011 - welcome to the world Aulia !!! (second daughter) , alhamdulillah.

2012 - tamat pengajian sebagai seorang top / best student sebab aku berjaya extend thesis, orang lain semua habis on time !! alhamdulillah, 

20 tahun yang lalu aku witness mak aku ambik scroll M.Ed di dewan tunku canselor, kali ni mak aku pulak jadi witness aku ambik scroll Msc.P.M. di tempat yg sama. beruntung jadik ibu borek anak rintik nih., ada org tanya, taknak further study ke peringkat tinggi lagi ke? tak nak ke belajar sampai negeri china., atau tak nak belajar bahasa cina ke? itu semua aku berserah sepenuhnya kepada Allah swt. apa yg penting adalah isteri (kawan paling setia), anak perempuan no. 1(nakal dan cita-cita nak jadik superman dan princess) dan anak perempuan no.2(belum nakal lagi dan dah mula nak nakal macam mak dia.hehe) dan keluarga aku sendiri. sebagai big boss dalam family, kita semua risau dengan nasib yang akan di tempuh oleh anak2 kita semua. betul tak. bukan kerana apa la kan, dugaan dan ujian dari Allah swt. bermacam-macam dan hebat, oleh sebab itu la, sangat-sangat penting untuk kita menentukan hala tuju, pendidikan dan yang paling penting asas agama, akidah berlandaskan ASWJ. teringat kata-kata dari makcik aku sebelah bapak..kira adik kepada bapak aku la kan, dia kata, anak ni kalau nak bentuk, kena di ajar dari kecik lagi, kena close monitor macam pasang cctv dalam rumah. kalau salah, tetap salah, kalau betul.tetap salah.eh.,betul. tetapi mampukah kita untuk bagi semua benda perfect sedangkan diri kita sendiri banyak yang kurang? haa., macam mana tu jemir? pada aku yang dah jadi big boss family ni, penting untuk kita berguru dengan betul, bukan berguru dengan ustaz google, ustaz ask me how?, ustaz yellow pages. sebab berguru tanpa rujukan daripada orang beriman ni buruk padahnya. oleh yang sedemikian daripada itu, kita akan dapat banyak manfaat yang baik untuk di apply dalam hidup dan keluarga kiranya berguru dengan orang yang betul. eh, dah pukul 6.15 petang la, aku pun dah nak balik, esok nak raya korban. korang tak raya ke?

sekian untuk kali ini, kita jumpa tahun depan pulak.. Liverpool akan menang EPL !!!